BIOSUNAH CYPRESS PAHANG

BIOSUNAH CYPRESS PAHANG
PENDAFTARAN UTUK AGENT TELAH DI BUKA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA P.M ATAU CALL EN AZMIE .. DI NO 0136659414

Tuesday, October 9, 2012

KELEBIHAN AIR BIO SUNNAH CYPRESS


KELEBIHAN AIR BIO SUNNAH CYPRESS


KELEBIHAN AIR BIO SUNNAH CYPRESS

MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

PEMULIHAN PENYAKIT TIROID (1 botol 1.25 liter sehari).


Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.

Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

Antara tanda-tanda orang yang menghidapi penyakit Tiroid:
- Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman.
- Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
- Kemurungan atau kegelisahan.
- Cepat berasa letih.
- Faktor Genetik.
- Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period.
- Masalah sembelit yang teruk.
- Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus.
- Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping.
- Sakit otot dan sendi.
- Masalah capal dan tendonitis.




MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

MEMBANTU MEMULIHKAN PENYAKIT KULIT (1 botol 1.25 liter sehari dan disapukan pada kulit bermasalah sebelum tidur waktu malam).
Di antara penyakit-penyakit kulit ialah Bunga Badan; PSORIASIS, Folikutis, Ekzema, Kudis Buta, dan Jerawat.

Bunga Badan @ Psoriasis

Psoriasis adalah suatu kondisi kulit yang umum yang terjadi ketika sel-sel kulit menggantikan dirinya terlalu cepat. Ada berbagai jenis, tetapi yang paling umum adalah psoriasis plak yang kronis.

Folikutis

Folikutis disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejala penyakit ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.

Ekzema

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema. Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak. Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran.

Kudis Buta

Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat. Pesakit itu akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru.

Jerawat

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon. Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.






MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

MEMBANTU MENGHANCURKAN BATU KARANG DALAM HEMPEDU (minum sekurang-kurangnya 2 botol 1.25 liter sehari selama 5 hari).
Hati menghasilkan hempedu – sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabe
tes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Jenis-jenis batu karang hempedu:

1. Batu karang hempedu berkolesterol.

Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

2. Batu karang hempedu berpigmen.

Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

3. Batu karang hempedu duktus primer.

Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.



MAMPU MERAWAT PENYAKIT;
MEMBANTU MEMBERSIH BUAH PINGGANG & BATU KARANG DI DALAM BUAH PINGGANG (1.25 liter sehari selama 6 hari).
Gejala Batu Karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu-batu di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain. Terdapat pelbagai jenis batu karang, dan ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz yang terdiri daripada mikroskopik sehingga saiz yang cukup besar untuk menyekat saluran kencing anda. Batu karang pada lelaki mungkin mempunyai beberapa gejala yang sama, dan beberapa rawatan di rumah boleh digunakan untuk membantu melegakan kesakitan dan mengeluarkan batu itu. Salah satu tanda yang paling kerap ialah rasa kesakitan, dan ini boleh berlaku di belakang, sisi, kemaluan, atau bahagian
   sulit.

Beberapa tanda lain batu karang pada wanita ialah terdapatnya darah di dalam urin, kerap membuang air kecil, rasa sakit ketika membuang air kecil, ketidakupayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing, dan berpeluh secara berlebihan. Sakit batu karang boleh menjadi lebih teruk dan rasa sakitnya seperti batu sedang bergerak melalui saluran kencing. Tanda-tanda batu karang di kalangan wanita juga boleh termasuk hilang selera makan, rasa letih, demam, mual, muntah-muntah, dan juga sembelit atau cirit-birit. Komplikasi batu karang yang kerap berlaku adalah jangkitan saluran kencing













MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

PENYAKIT KENCING MANIS (3 botol 1.25 liter – 1 botol sehari)
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut.
















MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

MENURUNKAN KADAR DARAH TINGGI DENGAN SEGERA
(Pengidap darah tinggi hendaklah mengamalkan meminum air BioCypress 1 gelas sebelum makan pagi, tengahari dan malam.

Tekanan darah adalah ukuran tenaga darah terpakai kepada dinding arteri kerana ia mengalir melalui mereka. Ia adalah normal bagi tekanan darah tinggi apabila anda berasa tertekan atau bimbang. Tetapi jika tekanan darah anda sentiasa tinggi daripada tahap yang sihat semasa mereka berehat, ini adalah tekanan darah tinggi (hipertensi).

Tanda-tanda tekanan darah tinggi

Kebanyakan orang yang mengalami tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda. Jika anda mempunyai tekanan darah yang sangat tinggi, atau tekanan darah anda meningkat dengan cepat, anda mungkin mempunyai sakit kepala, masalah dengan penglihatan, sawan atau pitam.

Komplikasi tekanan darah tinggi

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda mempunyai peningkatan risiko penyakit utama termasuk:
1. Penyakit jantung, seperti angina (sakit dada disebabkan pengaliran darah berkurangan)
2. strok
3. Serangan jantung kegagalan jantung atau fibrilasi atrium (denyutan jantung tidak teratur)
4. Kerosakan buah pinggang
5. Rosak penglihatan

No comments: